Saturday 11 January 2014

Mata ku terjaga. Kedengaran suara-suara angin yang ditiup ke arah ku begitu deras. Sejuk. Tangan tidak semena-mena mencari, meraba, menarik selimuti aurat. Kejutan dari entah mana tegas melarang dari aku menutupi mata. Gelap gempita. Tiada apa yang boleh diteka. Waktu sebagai emas, dicari pertama-tama. Bantuan diterangi dalam kegelapan pada jarum jam bertenggek di dinding bilik ku, membuatkan otak pantas bekerja mengagak waktu. "Masih awal", rumusan waktu ringkas dibenakku. Ditontonnya pergerakan saat yang begitu rajin dan taat patuhi aturan. Setiap detik adalah setara. Bulatan penuh cantik dilukisnya. Tiada cacat cela. Sebuah mesin ciptaan manusia. Membantu menyusun waktu. Banyak jasa telah di hurai. Hanya memakan dua biji bateri untuk satu jangka masa yang agak panjang. Saat berganti minit. Minit berganti jam. Jam berpusing dua puluh empat kali. Melengkapkan seharian waktu. Hebat. Menakjubkan. Subhanallah. Tanpa ku sedari. Pipi ku dibasahi. Mata berlinangan. Bukan habuk. Bukan ngantuk. Kesedaran yang terdetik di fikiran. Lalu menyapa hati. Sayu dan sedih. Pelbagai soalan melanda diri. Hanya satu jawaban merungkai rahsia.Tubuh bingkas melarikan diri. Tuala dicapai turuni anak tangga. Menyirami tubuh sejuk menggigil. Wuduk diambil sejadah dibentang. Hadapi tuhan dengan rendah diri. Menghargai setiap saat yang diluangi. Bagaikan kali terakhir kusyuk dicari. Bacaan dijelas tulus dihati. Ikhlas diharungi tanpa kesali. Ya Allah. Ampunilah dosa-dosaku. Aku sedar. Mata dikaburi dunia. Cita-cita dan kebahagian didahului. Amalan dan bekalan dikurangi. Sedangkan masa tidak menunggu sesiapa. Tiada hentian. Tiada tangguhan. Aku malu.Malu denganMu. Segan dengan tindak tandukku. Jahil ingin beraksi sebagai alasan. Walhal diri inilah seharusnya bertindak mendahului. Maafkanlah aku. Ku mohon ampun.